Wednesday, 26 December 2018



Asal Usul Wong  Jowo


Orang jawa dari zahirnya merupakan sebahagian daripada kelompok Tanah Melayu dan bukannya satu-satu suku bangsa Indonesia. Mereka juga sudah lama menetap di Malaysia. Penempatan mereka kebanyakkannya adalah di bahagian barat semenanjung malaysia terutamanya johor, selangor dan perak. Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan, penempatan pertama orang jawa di tanah melayu adalah di Pahang, Parit, Jawa dan Muar.


Dikatakan juga, orang jawa berhijrah ke tanah melayu kerana beberapa faktor iaitu faktor ekonomi, politik dan sosial akan tetapi kebanyakkannya mereka adalah kerana bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga sebagai pelombong timah pada abad ke-20. Terdapat sejarah kala mengatakan bahawa berlakunya pernikahan diantara Sultan Mansur Shah dari Malaka dengan Putri Raden Galuh Chandra Kirana dari Majapahit yang menjadi bukti keatas pertalian antara bangsa yang sudah dimulai sejak dahulu lagi.

Bercakap mengenai etnik jawa ia boleh diklasifikasikan mengikut beberapa daerah di Pulau Jawa iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Magelan, Damek, Lebumin, Kudrejo, Ponogoro dan juga Madiun. Orang jawa telah berimigrasi atau berhijrah ke beberapa pulau sebelum selamat sampai menetap ke Tanah Melayu iaitu Singapura dan Palembang.



Image result for orang jawa di malaysia

No comments:

Post a Comment

Menarik

Pengenalan  Assalamualaikum, nama saya  Nur Nabilah Binti Aziz dan rakan saya nama Shahidah Binti Talip ingin mengucapkan  te...